Monday 22 June 2015

Tips/cara/pengalaman memakai contact lenses

Hey~ Okay harini Cirah nak kongsi pengalaman memakai contact lenses. Sebenarnya dah lama usha benda ni hehe.

Antara sebab Cirah pilih nak pakai contact lens ialah :
- rabun jauh..susah kalau pakai cermin mata. Tak osem kalau pakai tudung tu  sebab kalau pakai cermin mata nanti tudung bawal tite berbentuk ala ala kubah :c degree aku ni tak la brapa sangat. 150/150 je uhuhu. silau pun ada jugak -.-''
- bab ni memang tak tipu la sbb nak jadi cantik hehe nak mata bosa ala ala barbie doll lah tadi kan acah acah gitu. nak jugak merasa jadi foreigners mata kelabu biru dan hijau sekali sekala
- nak membosakan lagi biji mata xD

Okay sekarang cirah nak terangkan saiz saiz contact lens. Secara umumnya, saiz mata kita ni 14mm. Maka wujudlah saiz saiz lens yang 15mm 16mm 17mm mahupun 18mm. to be honest la aku taknak la besar sangat nanti menyakitkan mata..so i choose 16mm. Terpulang la kalau korang nak yang mana satu. aku rasa saiz 20mm pun wujud. tapi kalau bolehla x perlu besar sangat, kesian kat mata tu ha

As u all know..lens ni ada dua jenis..trasparent and coloured lenses. lps tu coloured lenses tu pulak ada macam macam jenis. circle lens, plato lens, anime lens, natural lens...ha rambang mata kau kan nak pilih ni

sebelum cirah dah sebulat suara nak beli lens, cirah buat beberapa research dulu pasal contact lens..yalah kan, mata kita ni kurniaan Allah s.w.t, takkan la x jaga kot? Antara step yang cirah ambik ialah :
1. check degree rabun dulu kat kedai optics..so yang paling recent degree mata aku 150/150. ada silau jugak sikit.
2. pergi tanya kengkawan yang sudah pakar memakai lens. tanya macam mana nak jaga lens tu, macam mana nak pakai, macam mana nak cuti dan apa apa soalan yang sewaktu dengannya.
3. pergi bukak youtube tengok cara macam mana nak jaga contact lens and mcm mana nak pakai n remove lens tu. antara video-video yang berguna yang cirah boleh reccomend ialah ini dan ini
4. cirah beli contact lens secara online..dok usha ig shop berlambak jah. tapi, yang paling penting.. MUST ADA BANYAK REVIEW. Jangan beli yang murah je, tapi x da review. X leh percaya kalau cmtu. Aku pernah terbaca kat newspaper yang budak pompuan tu dok nak cuba contact lens murah dia beli last-last mata dia buta sementara akibat pemakaian lens tu..so be careful kids!

Last last aku decided nak beli Puffy Brown and Puffy Grey. Puffy series ni nampak natural sikit, saiz nya 16mm. Puffy series ni mmg pujaan hati org ramai la. saya beli lens saya kat sini


 Puffy Grey ^^

Puffy Brown :) ditemani Brown (LINE character)
Antara tips-tips yang aku boleh bagi sebagai newbie ni ialah :
1. contact lens liquid tu aku tukar setiap kali 2 kali penggunaan lens..kalau kau kaya bolehla tukar setiap kali kau pakai..aku beli yang rm7 lebih tu je kat Guardian. Saiz medium je. 
2. Kalau rasa macam x selesa je pakai contact lens tu.. letak eye drop..eye drop aku beli rm9 lebih je padahal saiz eye drop tu lebih kecil berbanding solution tu huhhh

3. Kalau beli online, pakat la dgn kengkawan kau beli banyak banyak, biar dapat murah sikit. Save budget ^^
4. MOST IMPORTANT : Cuci dulu tangan guna sabun LIFEBOUY or DETTOL sebelum menyentuh contact lens. Kalau aku, aku pakai hand sanitizer je sbb malas nak g tandas huhuh

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya. Terima kasih kerana membaca :)

3 comments:

  1. Best lah baca blog awk. Mcm2 review. Saya pun suka follow instashop ni. Puffy grey dgn brown saya dah try. Sorry saya nk tgur. Yg awk pakai tu bukan puffy from korea T.T tu yg gelap warna dia tu. Puffy korea lagi cerah. Klau awk ada perasan, gmbr perempuan korea/jepun yg review pakai sgai cth tu. Kan terang kan? Haa tu baru puffy from korea. *If u want to lifht colour hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo pula. Yg sgai tu *sbagai yg lifht tu *light ^^

      Delete
  2. klu saiz 14mm ngam2 ngn mata ke?

    ReplyDelete