Saturday 28 March 2015

Pengalaman Menghadiri Temuduga JPA

Yo guys. Haritu aku ada usha laman web afterschool.my so jumpalah Program Kejuruteraan Perancis,Jepun,Jerman dan Korea. Punyalah excited sbb aku dpt pass kelayakan minima. So,aku apply la. Tapi waktu apply tu sedih gila sbb tahun ni JPA buat untuk teknikal kat Korea..kalau x,memang aku ambik korea :( at least, aku tahu basic korean :( nak tak nak, ambik perancis jelah nak tengok eiffel tower kan hihi

Seminggu lps tarikh tutup keluar lah keputusan dpt masuk interview x..bergegar lutut ni nak cek terpilih ke x..hasilnya?
TT.TT alhamdulillah syukur, berlinangan jua air mata ini.10 hari slps aku dpt result ni hari interview tu huh nabes gila nak prepare apa yg patot.

Thursday 5 March 2015

Alhamdulillah ^^

Hi guys! Sungguh saya ingin berceloteh mengenai kejadian 3 hari yang lalu, 3 MAC 2015 merupakan hari untuk melakar sejarah baru dalam hidup saya. Malam sebelum hari tersebut, memang banyak peluh memercik di dah, tidur x lena, makan x kenyang, setiap masa terbayang-bayang apakah result spm yang akan diperoleh kelak. 2 hari sebelum mengambil result, sempat pula demam, pening kepala serta selesema. Hidung tersumbat bagai x dapat sedut oksigen lagi.

Pada pagi 3 Mac, saya bangun pukul 7.30 pagi. Result spm pula akan diumumkan pada pukul 10 pagi. Pukul 9.00 saya mula mandi serta bersiap-siap. Selepas itu saya apply nail polish tetapi alangkah malangnya jari jemari saya bergetar ketika itu, nail polish saya habis berterabur. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja kuku saya berwarna asli.

Pergi ke sekolah pukul 9.30 pagi memakai tudung bawal pink serta baju mini dress bugs bunny dan seluar jeans hitam dan beg galas coklat. Pergi ke kaunter pula untuk menandatangani sijil berhenti sekolah dan mengambil fail poket. 10 minit kemudian saya menjadi org yang keempat untuk beratur. org pertama yang mengambil result spm sudah mula mengambilnya. 2 org hamba Allah di hadapan saya pula lupa mengambil IC. mahu x mahu giliran saya seterusnya, Lutut sudah bergegar, tulangrusuk mula rapuh dan bdn pula rasa sejuk semacam. saya sebut no angka giliran saya. Ayah sudah berdiri di sebelah cikgu ingin menilik result saya...

"we have a straight A student right here," kata guru yang bertugas. Lalu gugur air mata yang sudah lama betakung ini. Cameraman trs ingin mengambil gambar lalu saya menolak. Eyeliner saya habis hancur. Alangkah malangnya eyeliner itu maaflah ye. berapa minit jugalah saya mengalami MTBD (MENTAL BREAKDOWN) sungguh x saya sangka. kebetulan juga rakanskelas saya di belakang saya mendapat straight A juga..lalu kami mengambil gambar bersama . Ada 2 org lagi rakan saya yg mendapat straight A. Percaya atau tidak, kami duduk di baris yang sama. Mula mula saya duduk di hadapan mendapat straight A, lepas itu 3 org kawan saya di blakang tmpt duduk saya juga mendapat straight A..Alhamdulliah, kebetulan..tapi rasa lucu juga haha.2 orang melayu dan 2 orang iban. 3 perempuan dan seorang lelaki ^^


Air mata masih fresh lagi

Orang melayu sesat di akhbar cina :') 

Syukur..