Tuesday 28 April 2015

Olicandy review

Selamat pagi para pembaca. Pada cuaca yang cerah ini,cirah ingin mngereview salah satu produk supplement buatan Malaysia, Olicandy. Mula-mula tu cirah pi survey insta insta shop yang jual produk ni,siap compare harga apa semua. Tak kesahlah murah rm1 ke rm2 yang penting murah sikit huhuhu yelah semua benda sekarang ni mahal mahal sebab GST lah apelah sabojelah kan. Aku tak ingat la kedai mana aku beli sebab aku dah unfollow insta tu sebab banyak sangat iklan huh benci menyemak je.

Last last beli 2 botol. Satu untuk kawan, satu untuk diri sendiri. Kawan pun nak try jugak. Each bottle cost rm63, but since I brought 2, I got rm60 each termasuk postage ok ^^ remember kids to make friends supaya boleh jimat postage kalau beli online hehehehe lepas beberapa hari menunggu punyalah gembira Olicandy ni smpai tertunggu tunggu pakcik posmen singgah rumahh terima kasih pakcik posmen. Pagi esok tu trs try. FYI, ni supplement pertama yang aku pernah consume setelah 17 tahun 10 bulan aku lahir di dunia ini. Jakun la sikit hehe.



Bangun je pagi aku terus minum segelas air kosong. Lepas tu ambik satu biji Olicandy hisap mcm makan gula-gula. Rasanya mcm gula gula sugus oren jugak lah. Bentuknya macam gula-gula malt horlicks tu. Instruction makan Olicandy ni kalau boleh 30 minit sebelum breakfast,kesan terbaik kalau perut kosong. So dalam masa 30 minit tu aku bukak je biji mata waktu pagi tu aku dok pegi check instagram,twitter and facebook. Memang rutin pagi aku tu. Nak cek ada tak oppa update instagram hehehe  kalau tak pun aku dok sambung main game farm heroes saga huhu

Aku start consume olicandy kira kira 1 april hari tu and sekarang dah 29 april so nak sebulan jugaklah aku consume benda ni. Aku sedaya upaya menelan 8 gelas atau lebih air dalam sehari bagi memastikan proses pemutihan berjalan lancar. yang paling aku tertarik dgn produk ni ialah "pemutihan seawal 7 hari" NOTA : LAIN MANUSIA LAIN KADAR METABOLISMA NYA OK.

Dah kat nak sebulan consume ni aku perasan jugaklah tona muka aku sedikittt sekata. Flek-flek gelap hilang sikit lah..Tona muka aku 1x brighter tapi taklah putihhh melepaks kebabom meletop macam matsalleh tu. Biasa biasa je kesannya..Sekarang tinggal berapa biji je lagi dlm botol tu. To be honest la aku sedih sikit, sebab tak banyak perubahan. Mungkin lps makan 2 3 botol tu nampak kot perubahan yang didambakan.

OVERALL REVIEW : 3/5 :)

Kebaikan :

  • Harga quite affordable, yang tinggal semenangjung tu untung la murah sikit RM59. yang tinggal nun seberang laut china selatan ni rm63
  • Botol kecik boleh bawak pergi mana mana
  • Cara makan senang je,hisap pastu boleh kunyah kunyah. Takpayah menyusahkan jiwa raga nak telan pil
  • Rasa pun not bad. Tak la sesedap mana tapi yang penting boleh ditelan!
Keburukan :
  • Kesan olicandy ni ikut hormon seseorang ada yang boleh cerah sampai dlm masa 3 hari je. aku rasa kalau aku ni perlu 3 bulan kot hu cedihhh
  • mesti bawak bersabar bawak bertunang minum air kosong banyak banyak kalau nak cerah mcm adira tu
Okeylah tu je aku nak bebel setakat ni. Next product aku nak cuba ialah KCOLLY, SATIN SKINZ AND DOLLANIS. Ha cuba jangan tak cuba yelah kan sapa tak nak kulit muka ya peloles ni ok bye :)


11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sis.. saya ada jual oli candy.. kalau awak nak boleh laa whatap yaa 0174366926 1 botol rm 40 sm.. 43 ss.. :) thank you

    ReplyDelete
  3. As Salam, saya agent olicandy. Satu botol RM 50. Hanya Original sahaja ^_^
    pm Whatsapp 011-19814006.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    πŸ‘‰πŸ‘‰Taip Whatsaap " D.Oc" dan Hantar ke "018-966-2870πŸ‘ˆπŸ‘ˆ untuk harga diskaun oli-candy yang super duper jimat!dan tambahan freegift+freepos.tq 😍

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    πŸ‘‰πŸ‘‰Taip Whatsaap " D.Oc" dan Hantar ke "018-966-2870πŸ‘ˆπŸ‘ˆ untuk harga diskaun oli-candy yang super duper jimat!dan tambahan freegift+freepos.tq 😍

    ReplyDelete
  6. saya makan olicandy satu minggu,mula2 sakit tekak,lpas tu tonsil pulak...sakit yg amat...sya minum air2~3 lites sehari..tobat tak makan lg..skrg amalkan vit shaklee je...selamat dan diyakini..

    ReplyDelete
  7. saya makan olicandy satu minggu,mula2 sakit tekak,lpas tu tonsil pulak...sakit yg amat...sya minum air2~3 lites sehari..tobat tak makan lg..skrg amalkan vit shaklee je...selamat dan diyakini..

    ReplyDelete
  8. Saya try olicandy pun tak okay jugak sis. Fobia jadinya . tapi alhamdulillah bila consume perlaking yang baru ni kulit muka flawless balik . bersyukur and happy sangat-2 sbb sesuai . disebabkan dah jadi pengguna setia perlaking , sy jadi agent sah terus . sapa2 nak try nasib bertuah mcm sy , boleh whatsapp/telegram sy 0192892023 . harga murah sangat rm 112 je sy jual . nak tolong-2 je 😊 tq admin

    ReplyDelete
  9. Kalau berenti makan olicandy tu,ade effect ke nanti?

    ReplyDelete