Saturday 28 March 2015

Pengalaman Menghadiri Temuduga JPA

Yo guys. Haritu aku ada usha laman web afterschool.my so jumpalah Program Kejuruteraan Perancis,Jepun,Jerman dan Korea. Punyalah excited sbb aku dpt pass kelayakan minima. So,aku apply la. Tapi waktu apply tu sedih gila sbb tahun ni JPA buat untuk teknikal kat Korea..kalau x,memang aku ambik korea :( at least, aku tahu basic korean :( nak tak nak, ambik perancis jelah nak tengok eiffel tower kan hihi

Seminggu lps tarikh tutup keluar lah keputusan dpt masuk interview x..bergegar lutut ni nak cek terpilih ke x..hasilnya?
TT.TT alhamdulillah syukur, berlinangan jua air mata ini.10 hari slps aku dpt result ni hari interview tu huh nabes gila nak prepare apa yg patot.




So beberapa hari setelah kejadian yg indah itu, aku keluar bersama family ku membeli apa yang patut..terbang jugaklah rm70 yang sudah lama ku simpan dalam dompet :')




Hah, nak cari baju ni la yang susah nak mampos...hampir give up aku mencarinya.4 buah pusat membeli belah aku survey, tetapi di sport house juga aku jumpa..nasihat aku, kalau nak cari tshirt kolar putih lengan panjang tanpa grafik pergila cari dekat kedai yang buat custom shirt, in sha Allah aku jamin 90% diaorg ada jual ^^ (p/s : tu peelable nail polish, blh kopek kalau nak solat)

Hari interview, 26 May 2015 :

Bangun pukul 4 pagi, mandi siap sedia nak pergi miri..huh sedih tdo pukul 11 lebih tapi bgn pkl 4, mana taknya jadi panda aku ni. hah sepangjang haritu la aku membawa eyebag and dark circles aku ni. eh mcm tak biasa pulak
setelah selesai solat tahajjud berdoa agar dipermudah segalanya..tempek bb cream n pakai maskara pkl 430 cmtu. bgn je pagi pkl 4 trs pakai maskara hah kau hadoooooo. lps tu trs berangkat pukul 5. Sepanjang perjalan cuba nak tidur ayam, tapi x menjadi sebab terlalu nervous. Alhamdullilah pukul 7.30 sampai miri..bayangkan 2 jam setengah aku duduk dlm kereta tu pi bukak buku sejarah masa form 5 dulu,sbb mana tahu diorg tanya..aku tgk budak yg dtg interview JPA dulu ckp dia ada ditnya pasal sejarah and isu2 semasa..tidak lupa juga soalan2 hots meletop seperti :
-Introduction
-Why do u want to study engineering
-why do u choose france (bergantung kpd negara mana kau apply)
-why do u deserve this scholarship/what strength do u have to go overseas
-why study overseas
and so on..(this list will take forever for me to finish it -.-)

ok aku dgn 2 org classmate aku sama2 apply perancis. Aku and kwn aku yg perempuan tu sama2 dpt sesi pagi ^^ yay ada kwn..

pukul 7.30 pagi aku sampai terus pi daftar kat kolej permyjaya. TAK DA SARAPAN K. kite makan honey stars n susu je dalam kereta. huu sedih perut i. lepas daftar je terus g tandas sebab x tahan nak kencing >.< heh bnda tu pun nak mention sini lps tu aku hantar dokumen2 yg dia listkan kat kaunter. Punya lah nervous tahap gaban sebab aku tgk budak2 lain semua ada bwk original document aku sorang je takde. nasib baik diaorg maafkan yelah x kan nak expect aku berjalan kaki balit ke bintulu yang beratus kilometer tu.

lps tu ambik tagnama, aku cek list nama and u know what???my lucky num of the day is NUMBER 1. man seriouslyyyyy, berpeluh sakan tangan aku. lps semua budak dh daftar kitaorg duduk..buat acara warming up pulak. 2 org abang faci n sorang kakak faci dari putrajaya dok terbang jauh nak jaga kitaorg haha mula2 abg tu ucaplah slmt pagi n bla2 greetings dia tu. Lps tu dia tanya soalan cepumas "korang buat apa mula2 dtg sekolah?"

Aku jawab "kemas bilik darjah,sapu." punyalah nerd  ada jugak yang jawab patrolling memandangkan diaorg sekolah asrama. lps tu ada budak jawab "perhimpunan nyanyi lagu negaraku" dgn serta merta abg tu petik jari, "tepat, hah no 26, i bagi markah extra utk u" masa tu aku rasa bodoh sgt kenapala jawapan aku cmtuuu :c tapi x palah bukan rezeki aku..remember kids, kalau boleh setiap jwapan yg korang bagi masa interview tu, SILA BAGI JWPN YANG AGAK PATRIOTIK SIKIT BUNYINYA YA.  

Habis je nyanyi lagu negaraku,abg tu pi bebel byk org tak pakai kasut sukan n tshirt kolar putih tanpa grafik. Ada budak yang pakai kemeja putih and kasut hitam yang org selalu pakai utk interview kerja tu (aku tak ingat apa jenis kasut tu maaf) abg tu cakap kalau takpakai code baju yg dia beri akan dipotong markah, take note ye adik2. kalau dia cakap pakai kain sarung pakai lah ye.

stlh selesai bebel, kitaorg main game warming up..abg tu ckp "ini adalah ujian pendengaran sila dgr betul2" kitaorg memang fokus bukak biji mata luas2 and pasang telinga la masa dia ckp mcm tu. dia tunjuk mcm2 pergerakan tangan lps tu dia claim yang ni betul yang ni salah..apa yg ada dlm otak aku masa tu ialah : apa benda yang mamat putrajaya ni buat. ada 2 3 kali jugak la dia ulang aksi dia. kesian aku tgk, aku mmg x reti langsung apa dia buat ahahahahahahha. 

last dia cakap "ni ujian pendengaran,yang korang pegi buka biji mata tu kenapa.. hah sekarang tutup mata dengar betul2" lps tu dia ulg lagi soalan dia tadi but i still didn't get it ish memang bebal betul aku rasa masa tu hahaha last2 dia explain la kata2 kunci yg menunjukkan statement yg mana salah n yg mana betul

lepas tu dia suruh kitaorg buat grup sapa nak pergi perancis satu grup, yg nak pi jepun satu grup as well as for other country..Lepas tu kitaorg kenal2 la.aku,kwn perempuan aku and sorang lagi prmpuan melayu yg namanya ayu hihi je prmpuan melayu. sorang lagi chinese gurl. 2 org lagi iban and 1 org lelaki chinese. Kbykn chinese lain pilih jepun.. lps tu kitaorg disuruh utk buat trademark gittuw.group kitaorg paling fail ok hahahaha sbb kitaorg byk lupa skrip tambahan pula nak pronouce french languange ni ssh la. kesian kitaorg maafla ye cik faci.

seterusnya,abang tu bahagikan lagi grup..no 1 sampai no 16 1 grup..lps satu grup tu,bahagi lapan..so grup aku no 1-8. semua chinese wooooiiiii aku sorang je melayu sana hahaha ni hau ma jela aku kat sana.

ada 2 slot.. slot pertama 1 : Minda Malaysia..buat presentation dlm kertas mahjung..presentation dalam BM. FULLY IN BM. Group 1 dan 2 pergi slot pertama manakala grup 3 dan 4 slot kedua..aku x ingat nama slot tu, tak jelas apa abg tu ckp.tapi slot kedua mmg fully in BI..yup presentation jugak, so takde individual task ^^ yeaaaah baby. 

masuk je bilik 1 greet judges..lps tu kenal2 la dgn ahli grup yg lain. semua chinese rasa sedih jugakla. oh ya lupa nak cakap, budak no 2 x hadir. so 6 org je grup aku (kalau x silap la) 4 org memang aku tahu chinese sbb mata sepet kan, no offense k, aku pun sepet :) so aku cakap la "semua ni chinese kan, awak la?" aku tunjuk dgn budak sorang tu..dia jawab "saya alien." aku balas la "oh ya ka? teach me alien languange hahah" dia ketawa je..tapi last2 aku tahu dia chinese sbb dia ckp chinese dgn team members aku yg lain..maaflah ya, aku x da niat pun nak sisihkan dia..cuma dia x nmpak chinese, maybe mix.

tajuk slot pertama kitaorg ialah : industri kecil dan sederhana malaysia
Diberi masa kurang 30 minit cmtu nak brainstorming. masing2 menyuarakan idea. aku sibuk nak jadi ahli yang aktif. sengaja nak besarkan suara kalau bagi cdgn, biar juri dgr. si budak sorang ni pulak suruh aku pelankan suara XD lps masa tamat kitaorg bentang..x ucap greetings and kenalkan diri un kitaorg hmmmm nampak benar salah. tapi aku guna tu sebagai advantage aku. sampai je turn aku aku ucap "terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kerana kami x memperkenalkan diri kami." aku kenalkan la kawan2 aku..lps tu aku ucap selamat pagi.. aku huraikan sikit2 idea yg aku bagi. aku rasa huraian aku paling pendek. x nak la bebel pjg2 sbb aku tgk member2 yg bentang sblm aku tu bebel pjg2 boring juri tu dgr. my style is to keep it short and simple and padatz sudah tentu ^^

ok slot kedua pulak kitaorg dapat tajuk : Sport As A Career
chinese yang tadi tersekat masa slot 1, masa slot 2 diaorg cakap mmg 500 km/h la..cepat btl..malu pulak aku time tu..diaorg lbh fasih dlm english. masa ni, aku yg bentang dulu, macam biasa greet and introduce ourself dulu. and mcam biasa juga aku x bebel pjg2. aku x nak bagi fakta yang salah serta mengarut. oh ya lupa nak cakap, setiap slot, 1 jam setengah. 20 minit utk bincang. aku bagi cdgn utk pilih ketua, diaorg mcm x intrested je..hmmm so kitaorg anggap semua ketua lah biar fair.

Alhamdulillah dh selesai slot 2 kitaorg pergi bilik utama ambik balik dokumen2 yg diberi tadi. lps tu bagi balik no tag tadi..x blh bawa balik utk kenangan huu bye bye number 1 thank u for today.. :( ingatkan tadi nak selfie dgn tag tu :p lps tu blh  trs balik. aku balik pukul 12.15 tengahari stlh semuanya selesai. sempat juga singgah ke tandas nak membuang air kecil lagi..lps tu apa lagi, SELFIE TIME ;p
balik je dari interview tudung dah mcm minah senget huh -.- tula aku x gemar sangat nak pakai spec ni
#dakdakhotsgengstalepasinterbiu

lps balik, pergi restoran terus order ayam penyet my fav bae! and ribena laici!!! licin jugaklah tapak aku memandangkan x sarapan tadi kan sedap x terhingga sbb lapar tahap langit galaxy dah hihi.

Ok sekarang lesson of the day : aku rasa nak ketawa sampai tahun depan sebab antar 100 soalan berserta jawapan yang aku research yg akan ditnya waktu interview tu, 1 je keluar, tu pun topik SUKAN kat slot 2 tadi. huhhhhhhhhhhhhhhh. bukan main aku siap research isu2 semasa spt harga minyak, GST, hukum hudud, sampah and bla2. siap belajar politik and ASEAN apa semua tu. sibuk pulak nak bukak buku sejarah form 4 form 5 dulu. sepatah haram x keluar hah. bikin gua panas je. So pendek cerita : NEVER EVER TRUST INTERNET KIDS. ni pengalaman yang aku cerita pengalaman benar ok, mungkin tempat and tahun aku interview lain cara diaorg nak interview. maybe setiap tahun diaorg tukar cara nak menginterview. So get ready kids!!!!

Oh yaaaa, kawan aku baru je pergi interview MARA kat kuching. Dia apply course accounting/engineering kat korea. NAK TAHU TAK interview dia tu 100x ganda lebih susah dari interview JPA. Alhamdulillah sangat2 sebab Allah permudahkan segalanya utk aku.. antara soalan yang MARA tanya ialah :

1. Kami dari MEASAT mahu membuar colonisation di planet baru. lps tu dia ada bagi 8 jenis character. yang blh pergi cuma character 6 out of 8. (in group discussion)
2. Berkenaan tentang company yang kena ugut..dia ada bagi procedure lps tu dia suruh mereka susun procedure tu .. (in group discussion)
3. what can u contribute to MARA (individual)

Sampai sini je perkongsian aku hari ni. maaflah entri panjang :) paham pahamla kalau ada typo bahasa alien aku ni ok Good Night Earthlings :) oh btw, aku tak lepas interview JPA ni :( bukan rezei aku kot.. hmmmm or aku ni takbanyak cakap? lol bye hehe

No comments:

Post a Comment